twtjogging Forum

Tips Berlari Bagi Pelari Pemula aka Newbie

append delete twtjogging

Pada korang yang baru nak mula lari, min ada beberapa tips disini untuk membantu bagi yang baru nak mula berlari.

Nak mulakan gaya hidup ke arah sihat. Buat permulaan sila jogging di taman rekreasi terdekat anda seperti di Titiwangsa, Taman Metropolitan Kepong atau Taman Tasik Danau Kota misalnya.

1 - Mulakan perlahan, bertahap dari 1km hari ni, esok 3km ,7km dan seterusnya. Jangan terus berlari 10KM pada hari pertama anda.

Start slow and steady, bina stamina sikit-sikit, dan yang paling penting, kena konsisten.

2 - Oh lupa sblum tu korang install app Strava. Baru semangat nak lari bila lihat data masa dan jarak.

Makin jauh dan laju makin bersemangat.

3 - Berlari ikut masa, bukan jarak. Untuk permulaan, cuba target lari dalam 20-30 minit. Jangan pening kepala pasal jarak & pace. Yang penting, habiskan dalam masa tu.

4 - Kalau korang rasa bosan lari sorang-sorang, join la running group yang terdekat. Dalam group tu, confirm ada kawan yang berpengalaman dan boleh jadi inspirasi untuk korang.

5 - Jangan sekadar berlari untuk kesihatan sahaja, cabar diri untuk berlari jarak yang mencabar seperti Half Marathon atau Marathon.

6 - Selain berlari, selitkan minat rajin membaca. Baca lah buku pasal running atau posting ilmiah di Twitter/X. Min, sarankan baca twitter dari sifu @k_munir84

7 - Dan perkara paling penting adalah pergi pakai kasut & ke taman berdekatan. Jangan nak pikir mcm mcm.

Kalau ada sesiapa nak tambah tips/nasihat sangat dihargai. Jom kongsi pengalaman korang supaya kita sama-sama boleh improve!

Reply RSS

Reply

(Leave this as-is, it’s a trap!)

There is no need to “register”, just enter the same name + password of your choice every time.

Pro tip: Use markup to add links, quotes and more.

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging