twtjogging Forum

How did you become a runner?

append delete twtjogging

Ingatkah masa awal dahulu, bagaimana anda start lari?

Min masa awal berlari demi untuk kesihatan, kemudian lihat @TyraDNE update di twitter dia, lari jarak jauh.

Kemudian min pun cuba 😅 dan dapat training dan berlari sendiri jarak half marathon 2:15:53

Reply RSS

Replies

append delete #1. ahmdnazim

Bagaimana bermula lari? Kerana sukan dan aktiviti yang saya main semuanya melibatkan kawan-2 dan tempat. Seperti bola sepak/futsal/sepak takraw dan badminton.

Jadi berlari sahaja yang tidak memerlukan semua itu. Kerana anda memerlukan kasut dan boleh lari dimana sahaja.

Tetapi pada asalnya saya bermula lari adalah untuk mencari stamina mendaki ke Gunung Ledang😂 pada bulan 3 tahun ini. Jadi bermulah rutin pada hari cuti,seminggu sekali untuk berjogging dengan jarak 5km.

Seterusnya setelah selesai mendaki ke Gunung Ledang,terus bermula secara consistent jogging 1minggu 2-3kali.Pada suatu hari, terlihat video ig "KayKhalish" di mana beliau masa itu menyelesaikan larian Ultra Uitm beliau. Ketika itulah, segala-2 nya secara serious dalam bidang larian ini. Bermulalah starter pack seorang runners beli kasut novablast 3 -> jam second Garmin -> pakaian lari dan alatan-2 lain.

Alhamdulillah 6bulan(Jun-Nov) training secara serious menghasilkan keputusan timing yang lebih diidamkan.Iaitu pada event LIHM23 finish time adalah 1:38 manakala target time sebelum training adalah 1:45 .Inilah event pertama saya menyertai half-marathon. InsyaAllah pada tahun 2024 akan cuba menyertai event HM yang lain dan mungkin akan debut FM pula 🤲.

append delete #2. Atie Yang Hensem

Lari sebab nak nanges 😂 Lama gile tak nanges. First aku lari 11km, pakai kasut Power ( brand Bata ) kaler Pink + Hitam. Bukan kasut lari. Bapak ah berat kasut tu. Balik lari kaki aku okay lagi, terasa sakit tapi masih okay. Tak nanges lagi. Nanges sikit sorok sorok masa husband aku tegur cara aku berjalan. Beliau sapukan minyak angin kat kaki masa nak tido. Masa ni nanges terok macam tak de esok. Hahahah~ Misi nanges selesai. Esoknye sambung lari tapi 4km je sebab husband aku ikut, pace 12 sebab menyembang.

Dah nak setahun aku tak konsisten lari ☺️ Kaki kanan terseliuh, buku lali bengkak. Last event aku RMC 2023 haritu. Curi-curi lari. Final treatment fisio minggu depan. Kalau semua okay, aku akan kembali konsisten Januari 2024. InsyaAllah. Doakan aku eh.

Aku jumpa rasa tenang masa berlari. Aku masih nak berlari tapi taknak nanges dah 😂

append delete #3. Hana

Start minat lari time form 5, merentas desa. Mmg takde janji dgn sapa2 nak lari sama2 sbb nk try lari non-stop. Sampai ke garisan penamat dpt nombor 43 tk silap. Start dari tu minat lari sbb dlu badan berisi, org slalu ingt tak boleh lari. Ngeehhh I'll get what I want haha.

Start diploma, join juga larian dlm kampus, trail run. Tk berapa suka sbb byk obstacles. Tapi lari tetap lari cuma tk la konsisten setiap hari. Dalam sbulan ada la 4 kali.

Masuk degree, plot dia kt sini. Dating triathlete ironman. Once. Tpi impak dia besar sbb inspire sgt dgn apa dia buat and saya mula join klscm 10km etc. Lpstu ketagih nk masuk event lgi sbb seronok sgt bila dh smpai finishing line wlaupun time tgh berlari tu kata taknak2 haha

Apapun seronok sgt lari ni, saya jumpa kepuasan, keseronokan tu dlm larian saya. Akhir kata, doakan saya konsisten berlari dan yg plg penting saya tk berlari utk someone tpi utk diri sndiri.

append delete #4. snippet

Bermula dengan nekad nak kurus badan, pelahan² menjadi minat dan sekarang menjadi routine 😊

append delete #5. Tqah

Start lari masa form 2. Tapi masatu tak minat pun. Lari sebab bila join jambori beruniform akan ada pertandingan larian & wajib masuk huhu. Masa form 4 cikgu suruh masuk merentas desa. Masa ni pun masih tak minat. Lari sebab kena paksa so kena lah lari.

Start minat masa diploma bila masuk badan beruniform. Hampir tiap petang senior akan ajak lari sama2 dalam kumpulan. Time tu rasa best sebab training dalam kumpulan. Kena build up endurance sebab setiap sem akan ada acara larian. Disebabkan selalu training, so setiap kali ada sukan kolej atau apa2 event larian yang kolej anjurkan, confirm dapat medal. Join free pastu dapat collect medal banyak2 memang asyukk.

Masa degree baru start join half marathon. First time join terus dapat 6th place. Pastu ketagih pulak nak join event luar. Tapi tulah kena bayar. Biasa join event free je 😂. Nak taknak kena lah menabung, ada duit baru join.

Tapi benda tak lama sebab pkp. 3 tahun stop lari. Now lari balik untuk mental health sebab ada suicidal thoughts kadang2. & kadang penat otak overthinking. So saya penatkan badan dengan berlari. Alhamdulillah dengan larian boleh buat saya survive untuk hidup.

append delete #6. WNA

Saya mula lari sebab break dengan girlfriend hahahah! Time tu pasang lagu bruno mars then start running. Tahu tahu dah banyak round pusing tasik 🤣 jadi la kurus gila time tu. So sesiapa nak start run boleh la break dulu

append delete #7. Sha

Dulu kat sekolah mmg suka berlari dan bersukan. Masuk U dh x join sukan tapi tiap2 petang rajin jogging. Solo ja x bawa sapa2 pun. Dah kawin stop kejap tapi dgn anak bawa gak jalan2 kat padang bagi senang tido.

Start join event 2010. Lari 7km 45 minit. Pehtu join 10km follow by half marathon. Time ni mmg menggila la join event back to back. Tiber injured. Ha hinsaf la kejap. Rehat.

Then sambung balik lepas tahun 2016. Tu pun paling jauh masih half marathon. Tak berani nk lari lebih dari tu.

Sekarang dah x join event sbb hari2 pun still jog cuma wat raso2 ja. Pace 10-11. Maintain utk kesihatan sudah👌🏻

append delete #8. Nur

Start lari lepas habis SPM...ayah hantar masuk event kat KL (Carcosa Seri Negara, sampai skrg aku masih igt nama tmpt ni)... terima kasih, ayah 😍..kalau tak, mesti entah yang kuban2 anak pompuan dia jadi skrg, berpeleseran entah mana2 😝 dulu isi borang manual..tahun 2009, donlod link pdf tu. Abah setelkan semua...aku tinggal lari je. Dulu yuran mur mur lagi, bawah rm40 utk 7km, ayah mampu tanggung (atau terpaksa tanggung, aku xtahu 🤣) takde pulak ayah mintak podium ke, break PB ke, atau apa2...ayah nak aku enjoy je..kutip pengalaman...huhuhu.Thanks, dad. You r the coolest n rockest 🫰🤟 glad u r my dad.

Now every event aku masuk, ayah selalu suruh aku baca doa dpn dia so that takde bende2 pelik terjadi kt aku sepanjang event tu.

append delete #9. twtjogging

Baru tahun dulu nk join event isi borang manual sis.. @Nur

dulu isi borang manual..tahun 2009, donlod link pdf tu.

Kira dah lama la dalam running world 🌎 ni ya. Hebat

append delete #10. Nur

Baru tahun dulu nk join event isi borang manual sis..

Ye, Min. Kita donlod+print borang. Kedengaran pelik ke? 😅 okaylah, saya left group dulu😄

Kira dah lama la dalam running world 🌎 ni ya. Hebat

Kalau congak guna tahun, mmg lama. Tapi kalau hitung kekerapan masuk event larian, tak byk pun. Dah perlahan2 tak aktif masuk event larian waktu jadi student Uni (sbb sgt menghargai waktu tidur yg sgt berharga itu🤭). Bila dah keje, baru excited pulun event larian. Tapi now dah tua, takde apa yg nak dikejar, cumalah fitness menjadi fokus jangka panjang. Kaki pun dah start nak goyang2 ni 🤣

Kita seronok tgok org berlari..suka tgok kesungguhan tu. Priceless sgt. Igt senang ke nak spend masa n duit utk buat aktiviti ni...ikutkan darah muda dulu2 lebih baik sambung tidur je dari terpacak depan SL pagi2 😅as a conclusion, hargailah setiap masa, duit dan keringat/tenaga yg kita dah spend utk hobi ni.

append delete #11. Hairil

Mulanya sebab nak jaga jantung and kesihatan diri.
Lama kelamaan mula mencabar diri sejauh mana boleh pegi.
Even though starts later age but it becomes a hobby to fill my free time, which is most of the time I'm free
Ps: lari wakil sekolah masa SK je. Lepas sekolah paling tak suka berlari. Bersukan takpe. Nahhhh benda yg tak suka jadi benda yg paling 💕

append delete #12. Syafiq

Mula run sebab ada temuduga untuk badan beruniform lepas habis diploma, malangnya gagal di ketinggian. Masa dalam jangka masa training sebelum hari temuduga tu barulah kenal kasut² yang sesuai dan sedap untuk berlari.
Start jadi konsisten lari lepas ada sekali ni just teman kawan je ke Al-Ikhsan sebab dia nak tengok² kasut running, alih² dia racun saya tuk beli jugak sepasang sebabnya petang tu dia nak rasmi terus untuk run.
Lepas dari kejadian ni dah start konsisten lari and still try mana² badan beruniform yang ada pembukaan. Akhir kata doakan saya dapat panggilan fizikal untuk navy bulan 1 ni.

append delete #13. Wan

Start lari masa umur 20. Sbb ikut kawan join penang bridge international marathon. Padahal baru newbie terus join 21km🤣 dgn sibuk study masa tu first yr degree, dgn xdk masa xdk geng. Hantam ja lari masa run tu. Alhamdulillah dpt gk habis walaupun time x cantik 3:13 haha. Alhamdulillah skrg umur dh 28 pun masih lari.

append delete #14. natsu

Dulu selalu wakil rumah sukan setiap tahun sekolah menengah event sprint. Tak pernah terfikir nak lari jarak jauh. Lepas gian turun training basketball around form 4/form 5 and train stamina, bolehla merentas desa top 15 raso raso dalam kategori.

Masuk asasi, lepas pkp baru start jogging sebulan 2-3 kali, paling jauh pun 3 km. Lepastu, fly oversea, second year baru start jogging ayam balik. Third year baru consistent sebab stress gila dengan orang sekeliling + tak nak duduk bilik terperuk + nak jaga mental health, masa tu rasa macam cool pulak hobi berlari. Start follow ramai influencer on twitter, study pasal running. Lepas monthly mileage cecah 60k+ baru ada rezeki beli first proper kasut running - nike pegasus 38, tulah kasut easy, tulah kasut tempo, tulah kasut interval, sampai lenjan.

Sekarang ni masih cuba build consistency and base lagi, insyaallah target next year dah boleh join fm XD

append delete #15. sinchan

dulu satu uni dengan Natasha Nazamil

selalu dengar orang cerita pasal dia lari 5km every morning, pastu I selalu tengok strava dia and rasa inspired nak lari juga

sampai sekarang masih inspired dengan tasha (I'm a lady btw) I am so happy to see her journey becoming a mom and still do things she loves on instagram

append delete #16. twtjogging

Wahh terinspirasi dgn runner di media social juga ya. @sinchan

Sama macam min. ✌️

append delete #17. Najib

1st time lari 1.7km je sebab terinspirasi dri kawan2 yg tengah aktif msatu lari lebih dri 10km.. lama2 dri 1.7km pace 9-10 ke pace 5-6 longest run 24km, dah tukar 6 kasut dri lotto, nike, puma, asics 2x & baru ni beli kasut baru.. Adidas hehe.. upcoming race, kita join half marathon August ni, wishing my self goodluck

append delete #18. LariKawKaw

Terjebak dengan dunia larian selepas nekad tak nak kena game dengan abang sendiri.

Ceritanya begini, abang aku ajak naik Nuang - dia kata naik, turun balik hari je. Aku ni tak pernah aktif sukan ke ape dekat sekolah, mahupun universiti. Sukan yang aku main, paling2 pun aku main FIFA dekat komputer. Ingatkan macam naik Gunung Datuk - sebab biasanya dengar orang cakap naik Datuk tu senang.

Masalahnya, Gunung Datuk pun tak pernah naik. Tapi sebab aku rasa abang aku ni serius ajak, gua pun follow. Azabnya, Tuhan saja yang tahu. Dari puncak tipu nak ke puncak betul - kaki, peha, asyik cramp tak berhenti. Habis trip Nuang tu - memang sakit satu badan.

Aku nekad, sejak hari tu terus start slow2 training. Mula dengan exercise sikit2, pastu lari & jalan alternatively. Objektif dia satu je - nk conquer Nuang tu balik.

Fast forward, Alhamdulillah. Dapat naik Nuang tak sakit2 badan dah. Sekarang ni, lari dah jadi sebahagian dari diri. Dari lari biasa2, masuk trail, masuk Ultra. Jumpa group running semua - memang seronok.

LariKawKaw pun wujud atas asbab nak contribute balik kepada semua pelari yang pernah galakkan berlari, share pengalaman, tips & training semua. Terima kasih semua.

Reply

captcha

(Leave this as-is, it’s a trap!)

There is no need to “register”, just enter the same name + password of your choice every time.

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging