twtjogging Forum

Hiring a running coach?

append delete twtjogging

Sekarang ni topik running coach tengah hangat dibincangkan di Running Threads.

Admin nak tahu, korang pernah tak ambil running coach sendiri? Rasa berbaloi tak dari segi progres & motivasi? Kongsikan pengalaman anda — mungkin boleh bantu pelari lain yang tengah consider nak mula.

Apa perbezaan perkongsian ilmiah di thread, twitter dan youtube dengan ambil running coach? Admin nak tanya juga, korang prefer ikut coach, training plan online, atau lari ikut berlatih sendiri?

Mungkin boleh juga kongsi berapa kos nak upah running coach? Korang ada coach atau kenal mana-mana yang bagus? Share cadangan & pengalaman anda.

Reply RSS

Replies

append delete #1. zulhelmi

Deepseek je. Sebagai pelari rekreasi yang join event sekadar nak finish within cot, saya guna Deepseek untuk tahu lebih lanjut tentang terma² training dalam larian. Boleh prompt lebih detail tentang cara melaksanakan sesuatu workout dan kemudian cuba buat seperti yang disyorkan.

Banyak jugak sumber² online tentang running yang boleh bantu kita jadi pelari rekreasi yang lebih baik dan kuat dari segi mental dan fizikal.

Kalau nak upgrade diri dari pelari rekreasi kepada yang lebih kompetitif spt kejar podium dan seumpamanya... Bolehlah dipertimbangkan untuk hire coach untuk guide.

Boleh juga join running community yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

To each his own. Semua ada pros and cons. Pocket masing² kan?

Bukan semua buah Pisang dalam tandan tu elok, pasti ada yang rosak.

Manusia juga begitu, bukan semua dijadikan elok minda dan fizikalnya, apatah lagi dalam komuniti² yang diwujudkan oleh manusia.

Akhir kata, kesempurnaan adalah harapan; dugaan dan cabaran, itulah realiti kehidupan.

Reply

captcha

(Leave this as-is, it’s a trap!)

There is no need to “register”, just enter the same name + password of your choice every time.

Pro tip: Use markup to add links, quotes and more.

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging