Umur biologikal (sebenar) tak sama dengan umur kecergasan, ya. Boleh jadi umur 25 tapi kesihatan macam orang umur 50-an, tak cukup fit untuk buat aktiviti tertentu.
Tapi ada juga umur 40, badan macam umur 30.
Baru-baru ni, saya buat semakan kesihatan. Alhamdulillah, pembantu perubatan memberi tahu fitness age saya lebih muda dari umur sebenar.
Ada juga orang yang umur 35, tetapi fitness age nya seperti orang berumur 60.
Bila kita aktif bersenam, fitness age kita makin kecil. Bila kita tidak aktif dan asyik baring atas sofa tengok social media, fitness age kita boleh makin bertambah.
Takdir kematian di tangan Allah, tapi kalau fitness age kita bagus, lebih berpotensi hidup lebih lama.
Jadi, umur tak semestinya penghalang untuk sihat dan aktif.
Saya mencari, sesiapa yang boleh menerangkan lebih lagi mengenai Fitness age. Boleh komen threads 🧵 dibawah.