twtjogging Forum

Tanya Sifu @k_munir84

append delete twtjogging

Ada apa-apa soalan kepada sifu @k_munir84 ? Kami adakan sesi sembang mengenai MAF training/tips dan segalanya mengenai dunia Larian.

Min, menyediakan medium menulis untuk semua runners.

Boleh berikan soalan anda di ruangan komen. 🤟

Reply RSS

Replies

append delete #1. as

Hi imam munir. Apa tips untuk kekal mental bagi training Maf?

append delete #2. ghostrunner

Salam coach.

Macam mana kita nak turun kat berat badan, pada masa yang sama untuk kekalkan performance larian?

Sebagai contoh, saya sekarang dalam training plan untuk HM Sub 1:45. Kalau kurangkan pengambilan carbo dari biasa, bila training tiada tenaga/kick. Tapi, dalam planning jgk untuk turunkan berat badan nak bagi ringan sikit. Huhu. Jadi, mcm mane ye coach? Mohon tips dari coach. Terima kasih.

append delete #3. fz

Tuan, waktu kita buat MAF, VO2Max dan running fitness dlm running apps(coros) tu mmg akan drop ka? (Walaupun dia tidak tepat 100% tapi kdg2 rasa risau haha)

append delete #4. k_munir84

@as

Alah bisa tegal biasa. Itulah peribahasa yang sesuai. Jujurnya even bagi saya pun MAF ni agak mental, especially bila body dah dalam keadaan detraining & bukan pada peak. Tengok pace versus HR memang sedih haha. Tapi itulah, nak taknak kena terima hakikat fitness semasa tu, bila terima seadanya maka mental pun bersedia dengan apa yang akan jadi. Dia bukan untuk MAF je, generally for easy runs. Tahira & Esther pun ada kata dalam video dorang - to build aerobic base, to run fast, kena build that aerobic first by doing easy runs or run slow. So kekalkan nasihat dorang dalam minda, saya yakin mental tu sendiri akan diasah. Melatih kekuatan mental juga adalah sebahagian daripada training. Ini juga boleh di 'apply' walaupun kita run for health.

append delete #5. k_munir84

@ghostrunner

Wsalam, saya ada baca bab ni, agak tricky juga bila nak train for performance & at the same time nak turun berat. Salah satu sebab bila nak train for performance ni, intake carbs & protein kena cukup kalau tak mmg lemau nak execute task macam long and hard run & boleh ganggu recovery. Plus takut bila berat turun tu, yang drop banyak otot bukan lemak, lagi haru huhu.

Tapi benda ni possible je, satu cara - on easy days & off days boleh amalkan calories deficit. Hari yang ada hard run kita makan extra sikit. Saya buat macam ni masa training untuk FM, alhamdulillah ada penurunan 1-2kg. Satu lagi nak kekalkan otot tu, kena ada strength/weight training sikit dan protein intake tu usually saya akan lebihkan.

append delete #6. twtjogging

Min pun nak tanya imam @k_munir84

So, apa yang bagi mam semangat maintain rutin larian harian dari start dulu sampai skrg?

Dlm tweet mam pernah masuk kategori berbadam berat kan? Atau ada faktor lain? 🔥🔥

append delete #7. k_munir84

@fz

Ini perkara biasa, even yang guna garmin pun alami benda macam ni.
Data sahaja yang drop, actual vo2max tidak semestinya. Kalau pace pada MAF kita tu makin laju berbanding sebelumnya, then itu satu tanda improvement pada vo2max juga.

Nilai vo2max jam tu turun ada kebarangkalian sebab data tidak mencukupi. Data yang dimaksudkan ialah pace pada setiap HR range, i.e 100bpm sampailah ke max HR kita. Kalau dah biasa & banyak training zon tinggi (3,4,5), memang ada kebarangkalian value drop if kita ubah ke low heart rate training.

Reply

(Leave this as-is, it’s a trap!)

There is no need to “register”, just enter the same name + password of your choice every time.

Pro tip: Use markup to add links, quotes and more.

Moderators for this sub-forum: k_munir84

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging