Hello everyone
Saya ingin berkongsi perjalanan saya dalam cuba untuk beat my old self..
Kalau tak ada orang berminat nak baca pun, saya akan tetap menulis sebab dengan menulis disini, saya macam mengikat diri untuk berjanji akan tetap konsisten training dan terus training, dan method yang saya amalkan sekarang insyallah saya rasa dapat buat saya terus sustain dengan latihan larian tanpa membebankan saya dan keluarga saya..
Sebelum kita masuk ke blog latihan saya sekarang, untuk konteks, saya nak throwback 10 tahun yang lepas...
Saya sangat aktif dalam bidang trail running sebelum berkahwin, walaupun jarang menyertai acara dan tiada sebarang structured training. Latihan harian saya ketika itu hanyalah berlari dari rumah (sebagai warm-up) ke kaki Bukit Tabur, kemudian mendaki ke puncak, dan turun semula sebelum berlari pulang ke rumah (sebagai warm-down).
Pada hujung minggu pula, Gunung Nuang menjadi tempat kegemaran pelari denai kerana ia murah dan sangat sesuai untuk berlatih. PB saya untuk Pangsun-Puncak-Pangsun ketika itu ialah 4 jam 30 minit.
Antara PB saya pada masa itu ialah:
- 5km: 22:54
- 10km: 48 minit
- 21km: 1 jam 50 minit
Namun, sebaik sahaja berkahwin, saya berhenti sepenuhnya daripada semua aktiviti ini dari tahun 2016 hingga 2020.
Masuk tahun 2020, saya mula rindu semula nak masuk hutan. Ketika itu, badan saya agak besar dan BMI berlebihan, jadi saya perlahan-lahan mula hiking semula di Bukit Guling Ayam, yang terletak di belakang rumah.
Dari bulan Januari hingga Mei 2020, saya dah mula mampu berlari denai semula. Masa ini juga saya berkenalan dengan kaedah MAF running. Saya cuba kaedah MAF di jalan raya pada hari-hari biasa, dan hujung minggu saya masuk ke trail.
Alhamdulillah, dengan konsistensi dalam latihan, pada bulan Julai saya sudah mampu berlari 50km training run. Ini bermakna stamina saya sudah kembali fit, dan saya cuba untuk memperbaharui PB 5km saya. Alhamdulillah, saya berjaya potong beberapa saat daripada masa lama saya:
- 2014: 5km dalam 22:54
- 2020: 5km dalam 22:02
Fast forward ke tahun 2021, saya mula berhenti berlari lagi. Tahun 2022, tiada langsung aktiviti larian.
Masuk tahun 2023, sekitar bulan Ogos, saya tersedar apabila melihat diri di cermin, "Ya Allah, besarnya badan aku ni!" Jadi saya nekad untuk cuba berlari semula, kali ini dengan menggunakan Run-Walk Method (Galloway Method).
Pada bulan Ogos hingga September, saya sepenuhnya menggunakan Run-Walk Method. Saya berjaya habiskan training run sejauh 30km, 20km, dan juga PJ Half 30km 2023 sebagai persediaan untuk FM SCKLM.
Akibat daripada latihan yang terlalu mendadak (tak sampai 2 bulan), semasa lari FM di SCKLM, tak sampai km-3, kaki saya sudah mula cramp 😭. Saya bersusah payah seret kaki sampai ke km-21, malangnya saya tak lepas cutoff time dan terpaksa naik sweeper bus 😂.
Pengalaman ini mendewasakan saya, dan dari situ saya nekad untuk kembali kepada kaedah MAF:
- 10 minit warm-up
- 30 minit larian MAF
- 10 minit cool down
Inilah rutin harian saya. Saya bermula dengan 4 hari seminggu selama 3 minggu, kemudian satu down week. Selepas itu, saya naik kepada 5 hari seminggu selama 3 minggu, dan kemudian satu down week lagi. Akhirnya, saya settle down dengan 6 hari seminggu.
- 3 minggu (4 hari berlari)
- 1 minggu (down week)
- 3 minggu (5 hari berlari)
- 1 minggu (down week)
- Kini, saya berlari 6 hari seminggu sehingga sekarang.
Oh ya, pada 25/12/2023, saya ada join TT 5km dan alhamdulillah berjaya clock 24:53.
Masuk ke tahun 2024, saya teruskan sahaja MAF training sehingga hampir habis bulan puasa. Dari sini, saya mula berjinak-jinak semula ke trail running.
Bukit Lagong, Kazumi trail, Bukit Dinding memang jadi tempat permainan saya masa ni.
Namun, disebabkan kekangan masa pada hujung minggu, saya agak susah nak berlatih long hours di trails. Apa yang saya boleh buat masa ni, keluar rumah Sabtu pagi pukul 3 pagi, mulakan larian dan settle pada pukul 7:30 pagi.
Tiap-tiap hujung minggu, inilah rutin saya. Pada hari kerja, saya berlari di jalan raya pada pukul 4:30 pagi sahaja. Biasanya, kami berlari di laluan berbukit sejauh 15km. Mereka akan menambah pace ketika mendaki bukit, dan maintain steady pace ketika menurun bukit dan laluan rata (lebih kurang seperti fartlek).
Saya mula rasa penat dengan corak latihan begini. Pada bulan Mei, saya ada cuba road race di Putrajaya, Generalli 12km, dan cuba untuk target my best. Alhamdulillah berjaya clock in 1:01:51
Lepas sahaja run ini, saya mula rasa pentingnya speedwork dan perlahan-lahan cuba buat interval workout dengan niat nak lari lebih laju.
Training plan yang saya follow masa ni berubah-ubah, dari MAF (tiada speedwork) ke Ben Rosario+Matt Fitzgerald, Hanson, Jack Daniels, 80/20, hingga Pfitzinger, tetapi semuanya melibatkan speedwork dan intervals, yang mana kalau saya buat confirm akan ada muscle strain, dan akhirnya saya buntu 😂😂.
Saya pun cuba tukar ke trail training plan. Ada beberapa kaedah yang saya cuba, macam wave method by Hanny Alston, tetapi semuanya masih tak mampu saya sustain. Sebab apa? Kekangan masa untuk weekend long run.
Akhirnya, masuk bulan Julai 2024, saya decide untuk stick dengan satu training method iaitu dari Jason Koop tentang ultra running yang mengamalkan back-to-back threshold session. Pada dua minggu awal, badan rasa sedap, tetapi selepas itu mula rasa sakit kaki. Threshold pace yang diamalkan terlalu mencabar, dan saya tak cukup masa untuk recovery sebelum cuba buat back-to-back.
Tibalah masanya untuk race pertama trail saya, EcoTrail Putrajaya 30km... Panjang sangat dah ni, nanti saya sambung ya 😆
:: @beauhelmi added on 19 Aug ’24 · 11:12
“Trust the process. Your time is coming. Just do the work, and the results will handle themselves.”