twtjogging Forum

Ini Kisah Aku!

append delete twtjogging

Kali ini, kami berpeluang untuk sesi temubual bersama recreational runner yang tak lokek berkongsi pandangan dalam dunia larian, @suidzuansu

Marilah kita gali lebih dalam tentang kehidupan seorang pelari taman.

1. Apa yang mendorong kamu untuk menjadi pelari marathon? What motivates you to become a marathon runner?

2. Boleh ceritakan pengalaman pertama kali mengikuti marathon? Can you share your first experience participating in a marathon?

3. Bagaimana anda menangani tekanan semasa perlumbaan? How do you manage pressure during races? 

4. Apakah ada teknik atau strategi tertentu yang kamu gunakan untuk persiapan marathon? Are there specific techniques or strategies you use for marathon preparation?

5. Siapa yang memberi inspirasi kepada kamu dalam dunia larian? Who inspires you in the running world?

6. Apa yang kamu lakukan setelah menyelesaikan marathon? What do you do after completing a marathon?

7. Adakah larian marathon mempengaruhi gaya hidup kamu? Has marathon running influenced your lifestyle?

8. Akhir sekali, apa yang anda harapkan untuk capai dalam masa depan sebagai pelari? Lastly, what do you hope to achieve in the future as a runner?

Reply RSS

Replies

append delete #1. suidzuansu

1. Apa yang mendorong kamu untuk menjadi pelari marathon? What motivates you to become a marathon runner?
Mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

2. Boleh ceritakan pengalaman pertama kali mengikuti marathon? Can you share your first experience participating in a marathon?
Sangat mendukacitakan, apa yang dirancangkan gagal diterjemahkan dengan baik.

3. Bagaimana anda menangani tekanan semasa perlumbaan? How do you manage pressure during races?
Ingat kembali apa yang kita lalui selama Training Plan, itu akan membuatkan kita terus kuat untuk menghabiskan race.

4. Apakah ada teknik atau strategi tertentu yang kamu gunakan untuk persiapan marathon? Are there specific techniques or strategies you use for marathon preparation?
Sentiasa patuh pada plan yang dirancangkan ketika race. Jangan sesekali tukar/keluar dari plan.

5. Siapa yang memberi inspirasi kepada kamu dalam dunia larian? Who inspires you in the running world?
Jubaque, kita boleh lihat bagaimana beliau bermula dengan 6 jam hinggalah ke tahap hari ini. Jangan pernah mengalah!

6. Apa yang kamu lakukan setelah menyelesaikan marathon? What do you do after completing a marathon?
Sambung runstreak dan persiapkan diri untuk next marathon.

7. Adakah larian marathon mempengaruhi gaya hidup kamu? Has marathon running influenced your lifestyle?
Ya, latihan dan larian marathon sama sekali mendidik diri kita untuk jadi lebih displin dan fokus dengan apa visi dan misi kita.

8. Akhir sekali, apa yang anda harapkan untuk capai dalam masa depan sebagai pelari? Lastly, what do you hope to achieve in the future as a runner?
Untuk mengalakkan lebih ramai pelari menggunakan method ‘run at the right pace’ dan juga sentiasa ‘trust the process’. Ingatlah, its all about you vs you.

append delete #2. h_bakkaniy

1. Apa yang mendorong kamu untuk menjadi pelari marathon? What motivates you to become a marathon runner?
Mencuba sesuatu yang baru dan melatih diri untuk lebih lasak bagi persiapan masa genting.

2. Boleh ceritakan pengalaman pertama kali mengikuti marathon? Can you share your first experience participating in a marathon?
Mengalami kekejangan setelah KM ke 25 dengan tiada bantuan medik, justeru angan-angan menamatkan debut marathon dengan masa 6:30:00 terkubur.

3. Bagaimana anda menangani tekanan semasa perlumbaan? How do you manage pressure during races?
Mengingatkan diri kalau perlumbaan tidak dihabiskan betapa wang ringgit dan masa sudah terbazir begitu sahaja.

4. Apakah ada teknik atau strategi tertentu yang kamu gunakan untuk persiapan marathon? Are there specific techniques or strategies you use for marathon preparation?
Cukupkan keperluan badan dari segi nutrisi, rehat dan kestabilan emosi.

5. Siapa yang memberi inspirasi kepada kamu dalam dunia larian? Who inspires you in the running world?
Err..kawan-kawan terutamanya Sdr Khairi Zulfadli, walaupun beliau seorang pelari yang bertubuh besar beliau ternyata mempunyai endurance yang belum tentu boleh disaingi orang lain yang bertubuh lebih kecil.

6. Apa yang kamu lakukan setelah menyelesaikan marathon? What do you do after completing a marathon?
Meneruskan latihan untuk debut 50km pertama di Betong, Thailan.

7. Adakah larian marathon mempengaruhi gaya hidup kamu? Has marathon running influenced your lifestyle?
Ya, hari yang tidak berlari terasa kosong.

8. Akhir sekali, apa yang anda harapkan untuk capai dalam masa depan sebagai pelari? Lastly, what do you hope to achieve in the future as a runner?
Mengharapkan lebih ramai agamawan turun berlari dan menjadi contoh baik buat ummah.

Reply

(Leave this as-is, it’s a trap!)

There is no need to “register”, just enter the same name + password of your choice every time.

Pro tip: Use markup to add links, quotes and more.

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging