Adidas Boost mula mencipta fenomena dalam dunia sukan dan gaya hidup pada tahun 2013. Teknologi Boost, hasil kolaborasi dengan syarikat kimia Jerman, BASF, memperkenalkan "energy capsule" dalam midsole kasut. "Energy capsule" ini direka untuk memberi pantulan tenaga yang lebih baik dengan setiap langkah, memastikan pelari merasa lebih selesa dan bertenaga.
Selain itu, Adidas turut bekerjasama dengan syarikat tayar terkemuka, Continental, untuk menghasilkan tapak kasut yang menawarkan cengkaman terbaik. Gabungan Boost dan tapak Continental menjadikan kasut larian Adidas bukan sahaja selesa, tetapi juga memberikan kestabilan dan cengkaman yang luar biasa di pelbagai permukaan.
Pada mulanya, teknologi Boost ini mendapat perhatian dalam kalangan pelari kerana keselesaan dan prestasi yang ditawarkan. Pantulan tenaga yang tinggi dan cushioning yang lembut menjadikan Adidas Boost pilihan utama untuk pelari maraton dan mereka yang mencari kasut larian berkualiti.
Namun, kejayaan Boost tidak terhenti di situ. Pada tahun 2015, Adidas menjalin kolaborasi dengan ikon muzik dan fesyen, Kanye West. Kanye, dengan pengaruh besarnya dalam industri fesyen dan muzik, memperkenalkan kasut Yeezy yang menggunakan teknologi Boost. Kasut Yeezy bukan sahaja menjadi fenomena dalam dunia fesyen, tetapi juga meningkatkan lagi populariti teknologi Boost.
Kejayaan Boost dalam dunia larian benar-benar diakui apabila ramai pelari maraton mula memenangi perlumbaan dengan memakai kasut yang menggunakan Adidas UltraBoost. Ini membuktikan bahawa Boost bukan sahaja hype tetapi benar-benar menawarkan kelebihan dalam prestasi larian.
Namun begitu sejak beberapa tahun ini, Adidas BOOST tidak lagi mendapat hype seperti sebelumnya. Setiap trend, setiap hype pasti akan sampai penghujungnya. Kini kasut larian Nike Alphafly menjadi tumpuan pelari Marathon menggantikan Adidas Boost.
Adidas Boost bukan sekadar kasut larian, ia adalah simbol inovasi dan kejayaan dalam dunia sukan larian. Adakah anda salah seorang pengguna Adidas Boost?