Pengalaman pertama marathon dengan catatan masa 7jam 11 minit 🤣🤣🤣
Satu pengalaman yg bercampur baur tpi sgt tak boleh dilupakan. Kasut tercabut tapak..last2 lari jalan tak pakai kasut.
Utk training tahu agak tak cukup, tpi syukur support kawan2..dan semangat habis jugak. Sgt tak sangka.
Dari excited campur "kenapa aku buat benda ni"..nangis tengah jalan...kenal2 ngan orang dari pelbagai umur..semua semangat struggle bersama atas jalan raya tu. Ko akan rasa impress dgn kemampuan yg tak pernah ko tahu ko ada. Tapi igt, training itu perlu sangat perlu. Kita nak badan kita sehat dan habiskan dengan baik, jadi traininglah dan Selamat Bermarathon