twtjogging Forum

Delete

(Leave this as-is, it’s a trap!)

To delete this post you must be either the original author or a designated moderator.
The content of the post will be removed but the name and date will remain.

  • The post will be removed completely from the thread, rather than blanked
  • Only posts on the last page of the thread can be removed completely (so as to not break permalinks)

RE[18]: How did you become a runner?

LariKawKaw

Terjebak dengan dunia larian selepas nekad tak nak kena game dengan abang sendiri.

Ceritanya begini, abang aku ajak naik Nuang - dia kata naik, turun balik hari je. Aku ni tak pernah aktif sukan ke ape dekat sekolah, mahupun universiti. Sukan yang aku main, paling2 pun aku main FIFA dekat komputer. Ingatkan macam naik Gunung Datuk - sebab biasanya dengar orang cakap naik Datuk tu senang.

Masalahnya, Gunung Datuk pun tak pernah naik. Tapi sebab aku rasa abang aku ni serius ajak, gua pun follow. Azabnya, Tuhan saja yang tahu. Dari puncak tipu nak ke puncak betul - kaki, peha, asyik cramp tak berhenti. Habis trip Nuang tu - memang sakit satu badan.

Aku nekad, sejak hari tu terus start slow2 training. Mula dengan exercise sikit2, pastu lari & jalan alternatively. Objektif dia satu je - nk conquer Nuang tu balik.

Fast forward, Alhamdulillah. Dapat naik Nuang tak sakit2 badan dah. Sekarang ni, lari dah jadi sebahagian dari diri. Dari lari biasa2, masuk trail, masuk Ultra. Jumpa group running semua - memang seronok.

LariKawKaw pun wujud atas asbab nak contribute balik kepada semua pelari yang pernah galakkan berlari, share pengalaman, tips & training semua. Terima kasih semua.

Your friendly neighbourhood moderators: twtjogging